bunga bunga cinta

Monday 21 May 2012

~my self~










Pada awal nya di sini, saya ingin memperkenalkan atau menceritakan serba sedikit tentang diri saya. Tidak ada yang istimewa tentang diri saya.hanya seorang hamba Allah SWT yang lemah. Saya merupakan seorang mahasiswi Universiti Malaysia Pahang dalam kos Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Sebelum saya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti ini, saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paya Resak, seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, dan meyambung pelajaran di Kolek Matrikulasi Pahang. Saya dilahirkan pada 27 disember tahun 1992. Saya berasal dari Marang, Terengganu. Dilahirkan dalam kalangan keluarga sederhana, ianya amat menguntungkan bagi saya kerana saya dapat belajar untuk berdikari untuk sesuatu perkara dan saya tidak rasa ada kekurangan dilahirkan dalam keluarga sederhana. Malah, ianya dapat membina jati diri saya yang utuh. Ayah saya hanyalah seorang tukang rumah manakala emak seorang suri rumah sepenuh masa. Oleh itu,saya perlu tahan lasak, berfikiran terbuka dan berfikiran positif dalam membina jati diri seperti pandai berdikari. Pada hari ini, alhamdulillah saya telah menimba ilmu pada peringkat tinggi. Peluang keemasan ini tidak akan saya sia-siakn untuk membalas jasa ibubapa saya yang banyak berkorban agar saya dapat hidup sempurna seperti orang laen. Saya berazam untuk membalas jasa kedua orang tua saya didunia dan akhirat. Akan tetapi, kehidupan di akhirat lebih penting untuk kita semua. Oleh itu, saya perlu bersiap sedia dalam mencari kehidupan yang beragama agar kehidupan yang senang di akhirat kelak. Bagi kedua ibubapa kita, mereka hanya ingin melihat kita berjaya didunia dan akhirat. Selain itu, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi, saya perlu aktif sepanjang waktu, tahan lasak dan berfikiran wajar untuk berjaya sebagai seorang yang berilmu dan yang paling penting, jati diri saya perlu kuat. Saya sewajarnya berfikiran matang dan terbuka dalam menempuh onak duri sebagai seorang mahasiswi untuk masa depan saya, agama dan negara. Oleh itu, saya perlu bijak dalam menempuh dugaan anasir-anasir luar yang menganggu proses saya sebagai seorang pelajar. Akhir kata, setiap insan memerlukan prinsip jati diri yang kuat dan utuh untuk memperoleh jati diri yang kuat, pelbagai dugaan harus kita tempuhi, dan yang paling penting agama kita harus kuat sebagai khalifah di muka bumi ini.... ^_^


yang ikhlas;

zilan_joeyjiey... :)

No comments:

Post a Comment