bunga bunga cinta

Tuesday 22 January 2013

~MENJADIKAN DIRI BIDADARI SYURGA..~




Aku adalah aku..bukan diri ku yg palsu..bukan juga seorang gadis yg mnjadi org laen…Aku juga perempuan, Punya impian, Anggun dibalut perhiasan, Hidup bergemerlapan, Bak artis pujaan. Kuingin bermadah puisi, Bersyair dan bernyanyi, Lincah menari, Menghibur dan menyeri. Namun, aku bukan perempuan, Gopoh mengejar kemahsyuran, Di tempat persinggahan, Tiada berkekalan. Kuingin kemuliaan abadi, Kemasyhuran hakiki, Bukan yang tiada erti, Bukan yang dimurkai Ilahi, Bukan di dunia ini, Tapi di Taman Syurgawi, Inginku kekal sebagai bidadari!!



Ku ingin menjadi insan yg brguna untuk dunia dan masyarakat… terutama sekali pada kedua ibu bapa ku…aku ingin mnjadi anak yg solehah dan brguna yg boleyh mmbanggakan mreka..… aku xkan menyusahkn ibubapa ku… aku anak yg kuat,bleyh brdikari…  mom and dad.. I love you so much..forever n ever… <3






Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.



Ku ingin menjadi sahabat yg baek..yg sntiasa brsame2 teman2 ku dikala senang  @ pon susah… bak kata pujangga.. “berkawan bia beribu..brmusuh jgn sskali..brcinta bia satu.. prkhwinan bia smpai ke akhir hayat…”hihihi.. J  Best friends till jannah….. <3

                                                             






Menjadikan diri bidadari….
“Orang yang bertakwa ditempatkan di tempat tinggal yang aman sentosa. Iaitu dalam beberapa taman syurga, dengan air mata yang terpancar padanya. Mereka memakai pakaian daripada kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam dan sentiasa berhadapan di atas pelamin masing-masing. Demikian keadaannya, dan Kami jadikan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. Di dalamnya mereka dapat meminta segala macam buah-buahan dangan aman dan tenteram..”
                                                               (Surah ad-Dukhan, ayat 51-55)

Begitu manisnya nikmat di dalam syurga….

  





Ku ingin menjadi gadis yang solehah.. yg mmbangga kn ibubapa ku… yg mncintai mu Ya Rabb… Aku ingin kn syurga-Mu…

~IMAN MELAUT..CINTA BERTAUT...~

Sunday 29 July 2012

Kelebihan-kelebihan Solat Sunat Tarawih



Hurmmm... sempena bulan Ramadhan nie saya nk kongsikan pasal kelebihan  solat sunat Tarawih yang dilaksanakan oleh semua umat Islam........









Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan RAmadhan:


Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 – Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 – Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.






"SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...."




SELAMAT BERPUASA.... :)

Monday 21 May 2012

~my self~










Pada awal nya di sini, saya ingin memperkenalkan atau menceritakan serba sedikit tentang diri saya. Tidak ada yang istimewa tentang diri saya.hanya seorang hamba Allah SWT yang lemah. Saya merupakan seorang mahasiswi Universiti Malaysia Pahang dalam kos Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Sebelum saya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti ini, saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paya Resak, seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, dan meyambung pelajaran di Kolek Matrikulasi Pahang. Saya dilahirkan pada 27 disember tahun 1992. Saya berasal dari Marang, Terengganu. Dilahirkan dalam kalangan keluarga sederhana, ianya amat menguntungkan bagi saya kerana saya dapat belajar untuk berdikari untuk sesuatu perkara dan saya tidak rasa ada kekurangan dilahirkan dalam keluarga sederhana. Malah, ianya dapat membina jati diri saya yang utuh. Ayah saya hanyalah seorang tukang rumah manakala emak seorang suri rumah sepenuh masa. Oleh itu,saya perlu tahan lasak, berfikiran terbuka dan berfikiran positif dalam membina jati diri seperti pandai berdikari. Pada hari ini, alhamdulillah saya telah menimba ilmu pada peringkat tinggi. Peluang keemasan ini tidak akan saya sia-siakn untuk membalas jasa ibubapa saya yang banyak berkorban agar saya dapat hidup sempurna seperti orang laen. Saya berazam untuk membalas jasa kedua orang tua saya didunia dan akhirat. Akan tetapi, kehidupan di akhirat lebih penting untuk kita semua. Oleh itu, saya perlu bersiap sedia dalam mencari kehidupan yang beragama agar kehidupan yang senang di akhirat kelak. Bagi kedua ibubapa kita, mereka hanya ingin melihat kita berjaya didunia dan akhirat. Selain itu, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi, saya perlu aktif sepanjang waktu, tahan lasak dan berfikiran wajar untuk berjaya sebagai seorang yang berilmu dan yang paling penting, jati diri saya perlu kuat. Saya sewajarnya berfikiran matang dan terbuka dalam menempuh onak duri sebagai seorang mahasiswi untuk masa depan saya, agama dan negara. Oleh itu, saya perlu bijak dalam menempuh dugaan anasir-anasir luar yang menganggu proses saya sebagai seorang pelajar. Akhir kata, setiap insan memerlukan prinsip jati diri yang kuat dan utuh untuk memperoleh jati diri yang kuat, pelbagai dugaan harus kita tempuhi, dan yang paling penting agama kita harus kuat sebagai khalifah di muka bumi ini.... ^_^


yang ikhlas;

zilan_joeyjiey... :)

Friday 20 April 2012

kisah nabi musa dan syaitan

Menurut riwayat Abdul Rahman Ziyad,telah berlaku pada satu ketika beberapa dialog yang melibatkan syaitan dan nabi Musa A.S.Namun dialog yang berlaku itu telah menyebabkan nabi Musa A.S. telah mendapat wasiat yang begitu bernilai kerana dengan wasiat itulah nabi Musa A.S. dapat mengetahui perkara yang menjadi agenda syaitan untuk menyesatkan manusia.




Mari kita ikuti dialog yang menarik ini.


Syaitan telah datang menghampiri nabi Musa A.S. sebagai seorang yang memakai topi yang berwarna-warni.Namun setelah sampai,dia menanggalkan topi yang dipakainya itu.


Syaitan:Asssalamualaikum?


Nabi Musa:Waalaikumussalam.Siapa engkau?


Syaitan:Aku syaitan.


Nabi Musa:Kalau begitu semoga Allah tidak
menghidupkan engkau.Apa tujuan engkau datang kemari?


Syaitan:Tujuanku adalah untuk memberi salam kepada engkau,melihat kedudukan dan darjatmu yang tinggi di sisi Allah.


Nabi Musa:Apa yang engkau pakai untuk menutup kepala?


Syaitan:Dengan topi inilah aku menyesatkan dan memperdayai manusia.


Nabi Musa:kalau begitu,apa yang engkau lakukan sehingga engkau berjaya menawan dan memperdayai manusia.


Syaitan:Apabila manusia telah terpesona dengan dirinya maka dia merasai dirinya banyak amal dan melupakan dosanya.Aku ingin mengingatkan kau tiga perkara wahai Musa:


1.Janganlah berjanji untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya kerana sesungguhnya syaitan akan bersamanya sehingga dia memungkiri segala janjinya.


2.Janganlah berazam untuk bersedekah kerana syaitan akan bersamanya sehingga dia lalai dan lupa untuk bersedekah.


3.Janganlah berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrim di tempat yang sunyi kerana sesungguhnya syaitan akan menjadi orang ketiga sehingga mereka melakukan perbuatan zina.


Maka dengan wasiat yang diberikan oleh syaitan itu,tahulah nabi Musa A.S. agenda syaitan dalam menyesatkan manusia.








ayuh kawan2 kita renung2kan hadis sahih tentang syaitan yang direjam:







DALAM sebuah Hadis, daripada Safiyah binti Huyay r.a. dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud…….“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.” – Muttafaq alayh[Riwayat Bukhari & Muslim]



Berdasarkan keterangan Hadis di atas, juga Hadis-hadis lain yang jelas, ternyata bahawa gangguan iblis dan syaitan terhadap manusia hakikatnya wujud, bukan sesuatu yang mustahil.
Sasaran utama gangguan makhluk ini terhadap manusia ialah pada otak.
Apabila ini berlaku, ia akan melahirkan simtom-simtom ataupun gangguan yang berkaitan dengan otak, seperti tidak sedarkan diri, menjerit, bercakap sendiri, lari dari rumah dan sebagainya yang berlaku dalam keadaan tidak dapat mengawal diri.
Sasaran gangguan kedua ialah pada hati, menyebabkan timbulnya rasa sedih, kecewa, rasa putus asa, rasa hendak bunuh diri, rasa risau tidak menentu dan sebagainya tanpa sebab yang jelas.







ARNAB

arnab merupaka haiwan ciptaan allah taala yang begitu menarik....bentuknye seakan-akan seperti seekor kucing dang mukanye seperti muka tikus.....sesetengah orang suka memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan....dan ada sesetengah org suka mkan daging arnab dan ade juga tidak suka makan atau tidak akan sesekali makan lansung daging arnab kerana terbayang-bayang seperti memakan daging kucing.....he3:).....ade ke org yg xkenal binatang comell nie?nie dibawah nie saya letakkan pic arnab2 saya....saya suka kucing dan arnab....yang laen xsuke lebih2 lagi katak ular dan yang bersisik2...geliii2.....p hati2 kucing anda boleh mkan arnab...biasenye kucing akan mkan anak arnab..so sebolehnya kurung arnab anda dan biarkan arnab anda membesar baru boleh bebaskan dia....satu lagi...arnab nie xsama mcam kucing...kucing suka didukung...tetapi arnab xsuke didukung kerana arnab takowt tempat2 yg tnggi....arnab suke diusap bulunya....




pada kebiasaanya...sesetengah org memelihara arnab sebagai hobi manakala ade sesetengah pula untuk pembiakan...lau korang nak tau...arnab nie jenis mudah membiak...arnab mengandung dlam mse 28 hari dan arnab akan beranak 4 hingga 8 ekor dalam sesuatu masa....arnab akan meluruhkan semua bulunya dalam 2 atau 3 hari sebelom dia bersalin..ha3 :').............






arnab merupakan binatang yg x cerewet...mksud saya mudah dijaga andaikata kena pada caranya....makanan arnab boleh didapati di kedai2 haiwan...yg penting..jgan bg arnab mkan daun2 pada sebelah pagi...biasanya sy akan bg mkan pallet sebelah pagi dan tgh hari dan pda petangya daun2...












      ruhaizad ruslan

Thursday 19 April 2012

~KERINDUAN PADA MU YA RASULULLAH~









Ya Rasulullah...
Berabad-abad sudah berlalu,
Namun namaMu masih melekat di hatiku,
Tak aku bertemu atau berjumpa denganMu,
Tak pernah aku tengok langsung dakwahMu...
Namun,sinar cahaya itu mampu menembus zaman dan ruang,
Menembus perbezaan di antara seluruh umat manusia,
Cahaya itu tak pernah redup,sampai akhir zaman...


Ya Rasulullah...
Begitu agung namaMu,
Bergetar hati ini,menangis,rindu padaMu,
Ingin ku bertemu denganMu,
Rindu pada suri tauladan yang engkau berikan..
Rindu pada kesederhanaan dan kepedulianMu..
Rindu pada kedamaian yang engkau ciptakan.....




nukilan: ruhaizad ruslan





"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah
 maka ikutilah aku..............." (Ali-'Imran:31)

Jika kita cinta pada Allah, kita akan ikut Rasulullah. Kecintaan  kepada Allah akan menggerakkan  kita untuk mengikuti segala tindak tanduk Rasulullah, serta ajaran baginda, tanpa tertinggal sedikit pun!!!