bunga bunga cinta

Sunday 29 July 2012

Kelebihan-kelebihan Solat Sunat Tarawih



Hurmmm... sempena bulan Ramadhan nie saya nk kongsikan pasal kelebihan  solat sunat Tarawih yang dilaksanakan oleh semua umat Islam........









Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan RAmadhan:


Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 – Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 – Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.






"SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...."




SELAMAT BERPUASA.... :)

Monday 21 May 2012

~my self~










Pada awal nya di sini, saya ingin memperkenalkan atau menceritakan serba sedikit tentang diri saya. Tidak ada yang istimewa tentang diri saya.hanya seorang hamba Allah SWT yang lemah. Saya merupakan seorang mahasiswi Universiti Malaysia Pahang dalam kos Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Sebelum saya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti ini, saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paya Resak, seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, dan meyambung pelajaran di Kolek Matrikulasi Pahang. Saya dilahirkan pada 27 disember tahun 1992. Saya berasal dari Marang, Terengganu. Dilahirkan dalam kalangan keluarga sederhana, ianya amat menguntungkan bagi saya kerana saya dapat belajar untuk berdikari untuk sesuatu perkara dan saya tidak rasa ada kekurangan dilahirkan dalam keluarga sederhana. Malah, ianya dapat membina jati diri saya yang utuh. Ayah saya hanyalah seorang tukang rumah manakala emak seorang suri rumah sepenuh masa. Oleh itu,saya perlu tahan lasak, berfikiran terbuka dan berfikiran positif dalam membina jati diri seperti pandai berdikari. Pada hari ini, alhamdulillah saya telah menimba ilmu pada peringkat tinggi. Peluang keemasan ini tidak akan saya sia-siakn untuk membalas jasa ibubapa saya yang banyak berkorban agar saya dapat hidup sempurna seperti orang laen. Saya berazam untuk membalas jasa kedua orang tua saya didunia dan akhirat. Akan tetapi, kehidupan di akhirat lebih penting untuk kita semua. Oleh itu, saya perlu bersiap sedia dalam mencari kehidupan yang beragama agar kehidupan yang senang di akhirat kelak. Bagi kedua ibubapa kita, mereka hanya ingin melihat kita berjaya didunia dan akhirat. Selain itu, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi, saya perlu aktif sepanjang waktu, tahan lasak dan berfikiran wajar untuk berjaya sebagai seorang yang berilmu dan yang paling penting, jati diri saya perlu kuat. Saya sewajarnya berfikiran matang dan terbuka dalam menempuh onak duri sebagai seorang mahasiswi untuk masa depan saya, agama dan negara. Oleh itu, saya perlu bijak dalam menempuh dugaan anasir-anasir luar yang menganggu proses saya sebagai seorang pelajar. Akhir kata, setiap insan memerlukan prinsip jati diri yang kuat dan utuh untuk memperoleh jati diri yang kuat, pelbagai dugaan harus kita tempuhi, dan yang paling penting agama kita harus kuat sebagai khalifah di muka bumi ini.... ^_^


yang ikhlas;

zilan_joeyjiey... :)

Friday 20 April 2012

kisah nabi musa dan syaitan

Menurut riwayat Abdul Rahman Ziyad,telah berlaku pada satu ketika beberapa dialog yang melibatkan syaitan dan nabi Musa A.S.Namun dialog yang berlaku itu telah menyebabkan nabi Musa A.S. telah mendapat wasiat yang begitu bernilai kerana dengan wasiat itulah nabi Musa A.S. dapat mengetahui perkara yang menjadi agenda syaitan untuk menyesatkan manusia.




Mari kita ikuti dialog yang menarik ini.


Syaitan telah datang menghampiri nabi Musa A.S. sebagai seorang yang memakai topi yang berwarna-warni.Namun setelah sampai,dia menanggalkan topi yang dipakainya itu.


Syaitan:Asssalamualaikum?


Nabi Musa:Waalaikumussalam.Siapa engkau?


Syaitan:Aku syaitan.


Nabi Musa:Kalau begitu semoga Allah tidak
menghidupkan engkau.Apa tujuan engkau datang kemari?


Syaitan:Tujuanku adalah untuk memberi salam kepada engkau,melihat kedudukan dan darjatmu yang tinggi di sisi Allah.


Nabi Musa:Apa yang engkau pakai untuk menutup kepala?


Syaitan:Dengan topi inilah aku menyesatkan dan memperdayai manusia.


Nabi Musa:kalau begitu,apa yang engkau lakukan sehingga engkau berjaya menawan dan memperdayai manusia.


Syaitan:Apabila manusia telah terpesona dengan dirinya maka dia merasai dirinya banyak amal dan melupakan dosanya.Aku ingin mengingatkan kau tiga perkara wahai Musa:


1.Janganlah berjanji untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya kerana sesungguhnya syaitan akan bersamanya sehingga dia memungkiri segala janjinya.


2.Janganlah berazam untuk bersedekah kerana syaitan akan bersamanya sehingga dia lalai dan lupa untuk bersedekah.


3.Janganlah berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrim di tempat yang sunyi kerana sesungguhnya syaitan akan menjadi orang ketiga sehingga mereka melakukan perbuatan zina.


Maka dengan wasiat yang diberikan oleh syaitan itu,tahulah nabi Musa A.S. agenda syaitan dalam menyesatkan manusia.








ayuh kawan2 kita renung2kan hadis sahih tentang syaitan yang direjam:







DALAM sebuah Hadis, daripada Safiyah binti Huyay r.a. dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud…….“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.” – Muttafaq alayh[Riwayat Bukhari & Muslim]



Berdasarkan keterangan Hadis di atas, juga Hadis-hadis lain yang jelas, ternyata bahawa gangguan iblis dan syaitan terhadap manusia hakikatnya wujud, bukan sesuatu yang mustahil.
Sasaran utama gangguan makhluk ini terhadap manusia ialah pada otak.
Apabila ini berlaku, ia akan melahirkan simtom-simtom ataupun gangguan yang berkaitan dengan otak, seperti tidak sedarkan diri, menjerit, bercakap sendiri, lari dari rumah dan sebagainya yang berlaku dalam keadaan tidak dapat mengawal diri.
Sasaran gangguan kedua ialah pada hati, menyebabkan timbulnya rasa sedih, kecewa, rasa putus asa, rasa hendak bunuh diri, rasa risau tidak menentu dan sebagainya tanpa sebab yang jelas.







ARNAB

arnab merupaka haiwan ciptaan allah taala yang begitu menarik....bentuknye seakan-akan seperti seekor kucing dang mukanye seperti muka tikus.....sesetengah orang suka memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan....dan ada sesetengah org suka mkan daging arnab dan ade juga tidak suka makan atau tidak akan sesekali makan lansung daging arnab kerana terbayang-bayang seperti memakan daging kucing.....he3:).....ade ke org yg xkenal binatang comell nie?nie dibawah nie saya letakkan pic arnab2 saya....saya suka kucing dan arnab....yang laen xsuke lebih2 lagi katak ular dan yang bersisik2...geliii2.....p hati2 kucing anda boleh mkan arnab...biasenye kucing akan mkan anak arnab..so sebolehnya kurung arnab anda dan biarkan arnab anda membesar baru boleh bebaskan dia....satu lagi...arnab nie xsama mcam kucing...kucing suka didukung...tetapi arnab xsuke didukung kerana arnab takowt tempat2 yg tnggi....arnab suke diusap bulunya....




pada kebiasaanya...sesetengah org memelihara arnab sebagai hobi manakala ade sesetengah pula untuk pembiakan...lau korang nak tau...arnab nie jenis mudah membiak...arnab mengandung dlam mse 28 hari dan arnab akan beranak 4 hingga 8 ekor dalam sesuatu masa....arnab akan meluruhkan semua bulunya dalam 2 atau 3 hari sebelom dia bersalin..ha3 :').............






arnab merupakan binatang yg x cerewet...mksud saya mudah dijaga andaikata kena pada caranya....makanan arnab boleh didapati di kedai2 haiwan...yg penting..jgan bg arnab mkan daun2 pada sebelah pagi...biasanya sy akan bg mkan pallet sebelah pagi dan tgh hari dan pda petangya daun2...












      ruhaizad ruslan

Thursday 19 April 2012

~KERINDUAN PADA MU YA RASULULLAH~









Ya Rasulullah...
Berabad-abad sudah berlalu,
Namun namaMu masih melekat di hatiku,
Tak aku bertemu atau berjumpa denganMu,
Tak pernah aku tengok langsung dakwahMu...
Namun,sinar cahaya itu mampu menembus zaman dan ruang,
Menembus perbezaan di antara seluruh umat manusia,
Cahaya itu tak pernah redup,sampai akhir zaman...


Ya Rasulullah...
Begitu agung namaMu,
Bergetar hati ini,menangis,rindu padaMu,
Ingin ku bertemu denganMu,
Rindu pada suri tauladan yang engkau berikan..
Rindu pada kesederhanaan dan kepedulianMu..
Rindu pada kedamaian yang engkau ciptakan.....




nukilan: ruhaizad ruslan





"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah
 maka ikutilah aku..............." (Ali-'Imran:31)

Jika kita cinta pada Allah, kita akan ikut Rasulullah. Kecintaan  kepada Allah akan menggerakkan  kita untuk mengikuti segala tindak tanduk Rasulullah, serta ajaran baginda, tanpa tertinggal sedikit pun!!!










Wednesday 18 April 2012

Ada Apa Dengan Wanita Solehah?????

jom2 bace kat bawah nie:




1.Perempuan solehah itu mmg tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu,bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg
layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada
kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan
rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang
tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah
dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan solehah memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja
yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atauperempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk
dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakahsanggup kita memakan daging saudara
sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan solehah memang tidak guna\ tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya
ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk dibahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh
oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al- Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan,jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadifitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya danucapkanlah perkataan yang baik Tunduk di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yangboleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluarbekerja,dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadiseperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai
lipstick sahaja?

9. Perempuan solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti
ini,akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota tetapijangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda\untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Tuesday 17 April 2012

Mengapa Rabiatul Adawiyah???

mengapa rabiatul adawiyah?bagi sy bnyak sbb mngapa sy namekn blog ini sebagai rabiatul adawiyah....kalau anda semua nk tau...rabiatul adawiyah merupakan idola atau ikon sy....siapa rabiatul adawiyah??ok...saya akan ceritakan siapa sebenarnye rabiatul adawiyah....nama sebenar  ialah  Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah ....rabiatul  merupakan wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.  Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.


rabiatul seorang hamba allah yang taat pada perintahNYA.malah setiap masa rabiatul dihabiskan dengan bermunajat kepada allah...beliau sangat takut akan seksaan allah taala..amat penting bagi kaum hawa pada masa kini meneliti semula kisah2 wali allah ini untuk dijadikan sebagai pedoman sebelum bertemu allah kelak...Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah....antara mutiara kata yang boleh kita ambil dari rabiatul antaranya ialah:



   Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada    mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.” 


         
 Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
 Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
 Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
 Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,  Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,  Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

           Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.


Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.amiinnn........................



~rindu ayah n mak...~ :(


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah silalah share :)



p/s: thanks kpd sharer....hihihi.. :)

Sunday 15 April 2012

:: PERGAULAN LELAKI DAN WANITA ::






Assalamualaikum warahmatullah,

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu.

Apakah sebenarnya ikhtilat itu haram?

Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka.

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya, tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran yang diharuskan

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

1 - Harus kerana terpaksa (dharurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: "Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2 - Harus kerana keperluan (hajat)

Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak

Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman

Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

c) Ikhtilat kerana menjadi saksi

Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar

Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

e) Ikhtilat kerana melayan tetamu

Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.

f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya

Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

g) Ikhtilat dalam kenderaan awam

Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.

h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad

Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."

i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat

Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan

Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.