bunga bunga cinta

Friday 20 April 2012

kisah nabi musa dan syaitan

Menurut riwayat Abdul Rahman Ziyad,telah berlaku pada satu ketika beberapa dialog yang melibatkan syaitan dan nabi Musa A.S.Namun dialog yang berlaku itu telah menyebabkan nabi Musa A.S. telah mendapat wasiat yang begitu bernilai kerana dengan wasiat itulah nabi Musa A.S. dapat mengetahui perkara yang menjadi agenda syaitan untuk menyesatkan manusia.




Mari kita ikuti dialog yang menarik ini.


Syaitan telah datang menghampiri nabi Musa A.S. sebagai seorang yang memakai topi yang berwarna-warni.Namun setelah sampai,dia menanggalkan topi yang dipakainya itu.


Syaitan:Asssalamualaikum?


Nabi Musa:Waalaikumussalam.Siapa engkau?


Syaitan:Aku syaitan.


Nabi Musa:Kalau begitu semoga Allah tidak
menghidupkan engkau.Apa tujuan engkau datang kemari?


Syaitan:Tujuanku adalah untuk memberi salam kepada engkau,melihat kedudukan dan darjatmu yang tinggi di sisi Allah.


Nabi Musa:Apa yang engkau pakai untuk menutup kepala?


Syaitan:Dengan topi inilah aku menyesatkan dan memperdayai manusia.


Nabi Musa:kalau begitu,apa yang engkau lakukan sehingga engkau berjaya menawan dan memperdayai manusia.


Syaitan:Apabila manusia telah terpesona dengan dirinya maka dia merasai dirinya banyak amal dan melupakan dosanya.Aku ingin mengingatkan kau tiga perkara wahai Musa:


1.Janganlah berjanji untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya kerana sesungguhnya syaitan akan bersamanya sehingga dia memungkiri segala janjinya.


2.Janganlah berazam untuk bersedekah kerana syaitan akan bersamanya sehingga dia lalai dan lupa untuk bersedekah.


3.Janganlah berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrim di tempat yang sunyi kerana sesungguhnya syaitan akan menjadi orang ketiga sehingga mereka melakukan perbuatan zina.


Maka dengan wasiat yang diberikan oleh syaitan itu,tahulah nabi Musa A.S. agenda syaitan dalam menyesatkan manusia.








ayuh kawan2 kita renung2kan hadis sahih tentang syaitan yang direjam:







DALAM sebuah Hadis, daripada Safiyah binti Huyay r.a. dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud…….“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.” – Muttafaq alayh[Riwayat Bukhari & Muslim]



Berdasarkan keterangan Hadis di atas, juga Hadis-hadis lain yang jelas, ternyata bahawa gangguan iblis dan syaitan terhadap manusia hakikatnya wujud, bukan sesuatu yang mustahil.
Sasaran utama gangguan makhluk ini terhadap manusia ialah pada otak.
Apabila ini berlaku, ia akan melahirkan simtom-simtom ataupun gangguan yang berkaitan dengan otak, seperti tidak sedarkan diri, menjerit, bercakap sendiri, lari dari rumah dan sebagainya yang berlaku dalam keadaan tidak dapat mengawal diri.
Sasaran gangguan kedua ialah pada hati, menyebabkan timbulnya rasa sedih, kecewa, rasa putus asa, rasa hendak bunuh diri, rasa risau tidak menentu dan sebagainya tanpa sebab yang jelas.







1 comment: